orang kata,
"Kawan lain, sahabat lain"
memang betul. dan kata orang lagi,
"kawan hanya ada bila senang, dan bila susah dan senang, itu sahabat"
aku bilang,
"mungkin betul, tapi tak lain, tetap ada bull shit nya"
kadang-kadang bila kita dah letak title 'sahabat' pada seseorang secara tak langsung akan ubah cara fikiran kita terhadap dia. akan ubah persepsi kita terhadap dia, akan ubah tanggapan kita pada dia.
"We have different expectation towards different people"
kan? okay analoginya begini.
kau mintak duit pada kakak kau tapi harapan kau untuk dia bagi bukanlah 100% macam kalau kau minta duit pada mak ayah kau. bila kau mintak duit pada mak ayah kau, kau berharap 101% dan kau akan sangat yakin yang mak ayah kau akan bagi, tapi kakak abang kau? mesti kau tak yakin mereka akan bagi walau mereka kata, "Inshaa Allah". kan? tak macam tu ke?
sama jugak dengan pangkat sahabat dan kawan.
bila kau bercerita masalah kau pada kawan kau, dia tidak akan bagitahu kau apa yang kau patut dengar, tapi apa yang kau nak dengar.
bila kau bercerita masalah kau pada sahabat kau, dia akan bagitahu kau apa yang kau patut dengar, bukan apa yang kau nak dengar.
lagi,
bila kau perlukan pertolongan, kau panggil kawan kau. tapi kau mesti tak berharap yang dia akan tolong kan? dengan fikiran, "Aku tak harap dia tolong aku, aku bukan siapa-siapa dia"
tapi bila kau mintak pertolongan pada sahabat kau, mesti kau berharap dengan yakinnya yang dia akan tolong. kan? dengan fikiran, "Mesti dia boleh tolong aku ni, aku kan kawan dia"
dan lagi,
kau akan mudah terasa hati dengan sahabat kau tu bila dia tak mampu capai expectation kau.
dan expectation kau pada sahabat kau sangat tinggi sangat sangat tinggi sampaikan dia buat apa sahaja yang kau tak suka, kau akan terasa termasuklah dia tak hantar SMS pada kau selama beberapa hari. dan kau macam tak boleh terima sebenarnya alasan 'busy' yang dia bagi. kan?
sebab expectation kau, "aku busy mana pun, aku tetap SMS dia, tapi dia?"
lawak kan?
cukuplah. aku dah penat dengan kawan sahabat semua ni. sebab semua orang ada hati dan perasaan.
dan aku dan kau kau masing-masing dah besar untuk tahu mana untuk terasa mana untuk buat tak tahu.
buat tak tahu bukanlah maksud aku kau langsung tak kawan dengan sahabat kau tu, tu namanya kau layankan perasaan kau. buat tak tahu tu maksudnya, jangan simpan dalam hati.
tapi mesti tak boleh kan? haha.
oh ini bukan entri apa pun, cuma aku nak highlight kan kat sini,
"Tak semua orang boleh capai expectation kita" dan "Expectation only leads to disappointed"
kan. aku penat, cukuplah. kita semua dah cukup matang untuk fikir. dan Malaysia sekarang tengah berantakan.
No comments:
Post a Comment
do comment eyh? :)