Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Masa aku Tingkatan 2, aku penah baca satu buku. Tajuk dia Tautan Hati by Fatimah Syarha. Masa tu ustazah ni tak famous macam sekarang. Sebelum aku baca buku ni, aku ada baca buku dia jugak. Tapi tak widely publish. Buku tu tajuknya aku lupa, buku tu dia menang Sayembara Penulis Remaja. Aku suka dua dua cerita dan semua watak dalam dua dua buku dia tu. Jalan cerita lebih kurang sama, tapi Tautan Hati ni lagi meluas skop dia.
Aku teringin nak hidup dalam suasana Tautan Hati tu. Nak jadi macam Asiah Yusra tu. Teringin, sangat. Tapi taktahu. Niat tu ada, dari dulu lagi. Tapi entah lah. Sekarang ni aku cuba jugak, bukan tak cuba. Datang je manusia manusia baik untuk aku. Tapi ye lah. Aku banyak alasan.
Alasan yang paling boleh dipertikaikan. BUSY. Bagitahu aku, manusia mana je yang tak busy? Manusia mana je yang hidupnya kosong tanpa apa apa? Aku mengaku, aku dah lama tak baca buku. Sangat lama. Aku baca separuh, aku berhenti dan tak sambung sambung. Aku sendiri taktahu apa yang aku sibukkan. Bila hujung hari, atau sebelum tidur, aku akan tanya diri aku semula. "Apa aku buat hari ni? Apa aku makan hari ni? Siapa aku jumpa hari ni?" Dan kebanyakan jawapan semua tak memuaskan hati aku. Apatah lagi jiwa dan nurani diri aku. Tapi sebelum tidur nanti aku akan cakap lah, 'Semoga hari esok aku lebih produktif dan bermatlamat'. Tapi aku cakap je, esok sama seperti hari hari sebelum.
Allahu. Entah lah. Aku sendiri taktahu kenapa dengan aku. Aku tertanya tanya, bagaimana orang seperti Aiman Azlan, orang macam Aisyah Syakirah, Ustazah Fatimah Syarha, orang macam Asiah Yusra (yang tak wujud tu), orang macam Ustaz Pahrol, orang orang macam Hilal Asyraf dan ramai lagi yang aku kagumi, yang aku tengok dari jauh tu, bahagi kan masa mereka. Lagi lagi yang dah berkahwin. Aku cemburu, jujur aku cemburu.
Aku ambil contoh yang aku tak berapa kenal tapi aku tengok dari jauh. Ustaz Pahrol.
Beliau editor majalah Solusi, yes. Seorang anak, yes. Seorang suami, yes. Seorang ayah, yes. Seorang abang, yes. Seorang kawan, yes. Seorang semua nya lah. Tapi dalam semua itu, aku paling cemburu bila dia seorang penulis. Indeed, orang orang yang aku kata kan di atas. Semua mereka ialah seorang penulis. Macam mana dalam kesibukan kalian, kalian punya masa untuk menulis? Dalam kesibukan kalian, kalian pinya masa memikirkan masalah umat? Dalam kesibukan kalian, kalian punya amsa untuk pergi kuliah agama, untuk masih terus belajar dan dalam kesibukan kalian, kalian punya masa untuk memberi ceramah, melayan kami sang peminat dari jauh?
Banyak sangat persoalan tentang masa yang aku mahu tahu. Aku teringin nak jadi seperti Asiah Yusra. Yang kuat dalam berdakwah. Yang kuat dalam belajar. Yang kuat dalam melayan karenah. Dalam buku tu, Asiah Yusra ni sangat baik hati. Seorang mawar berduri yang menjadi curian mata mata lelaki. Asiah Yusra yang solehah, yang sentiasa menjadi tempat kawan kawan bergantung cerita. Asiah Yusra yang sentiasa guna masa dengan sebaiknya. Menulis, menelaah, dakwah, ceramah, tapi tetap saja study nya mantap dan tinggi.
Sedih bila sedar dah lama tak baca buku. Terlalu disibukkan dengan hal hal dunia. Aku yang selalu lupa pada Allah, Allah hantarkan ujian dengan sibukkan aku dengan perkara perkara yang aku tak nampak.
Kadang kadang lepas solat aku akan termenung sekejap. Seronok dengan hidup sekarang, dengan jawatan sekarang dengan kawan-kawan sekarang. Memang seronok. Tapi kau tahu, bila kau terlalu seronok tu, benda tu takkan tolong kau kat mana mana, bila bila, bila hati kau kosong. Kau terlalu tengok diri sendiri yang sibuk tanpa kau kira orang lain punya sibuk. Sedangkan kalau dihitung, sibuknya mereka dengan kau bagai langit dengan bumi isinya. Sibuk kau yang sedikit pun kau merungut, apatah lagi sibuk orang lain yang berjuang mati matian demi umat masa depan.
Aku kena betul betul luruskan priority aku. Aku tahu satu lagi masalah aku bukan lah sibuk mana, tapi tangguh. Aku suka bertangguh, aku suka buang masa. Benda yang paling aku menyesal, tapi aku buat jugak. Aku terlalu lemah untuk yang ini. Buang masa dan berharap kerja banyak selesai. Aku kena betul betul luruskan priority aku, aku bukan macam orang lain.
Sudah lah, aku taktahu kenapa aku membebel kat sini. Lama kot tak menulis. Maaf la sebab kena baca.
"Sibukkan diri dengan perkara yang mendekatkan diri dengan Allah atau syaitan aku sibukkan kita dengan perkara yang mendekatkan kita dengan mereka" - unknown, 2013.
Kenapa kau baca sampai habis?
No comments:
Post a Comment
do comment eyh? :)